UTAMA | INSTITUT KAJIAN DASAR PERTANIAN & MAKANAN

Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia yang begitu sinonim dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bertaraf dunia. Sebagai ikon kepada Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia, UPM sering merangkul anugerah-anugerah berprestij dalam penyelidikan, teknologi dan inovasi di peringkat antarabangsa sehingga berada di dalam senarai universiti terbaik di dunia.

Kejayaan demi kejayaan membanggakan yang diterima oleh UPM telah menambat minat dan keyakinan ramai pelajar tempatan serta luar negara seperti Perancis, Arab Saudi, Iran dan Australia melanjutkan pelajaran mereka di UPM yang juga terkenal dengan persekitaran alam semula jadi kampus yang menghijau lagi mendamaikan.

Jika anda menggenggam hasrat untuk mengecap kecemerlangan dalam kerjaya serta ingin menimba pengalaman berharga dalam persekitaran yang selesa, aman serta kondusif, UPM amat mengalu-alukan kedatangan anda.

Selamat Datang ke UPM»
Ibu & Bapa  »
Pelancongan di Malaysia »
Panduan ke Sekitar UPM »
Panduan ke UPM »

Staf

Komitmen yang tinggi dalam persekitaran yang dinamis adalah kunci utama kepada kecemerlangan warga UPM dalam melaksanakan misi dan visi universiti.

Sehingga Julai 2017, UPM mempunyai 5,831 warga kerja yang berdedikasi dan berdaya saing dalam bidang masing-masing. 


Borang »
SISMAN »
e-Kaunseling»
e-Mel Putra »
Buletin Putra »
e-Claim System»
Sistem Pengurusan Kualiti»
Sistem Permohonan ke Luar Negara »
Poliklinik Putra Medik »
Sistem Kaji Selidik dalam Talian

artikel
Naik Gaji Kurangkan Jenayah
AWAL bulan ini kerajaan bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, supaya gaji anggota polis berpangkat rendah dinaikkan. Cadangan kenaikan gaji anggota polis berpangkat rendah dikatakan mampu meningkatkan integriti pasukan polis. Ini adalah justifikasi yang kukuh kerana kajian yang dilakukan ke atas negara-negara lain jelas menunjukkan gaji yang tinggi boleh mengurangkan kadar rasuah. Pada pandangan penulis, ada persoalan yang lebih penting yang perlu kita nilai iaitu sejauh manakah peningkatan gaji pasukan polis mampu mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan tahap keselamatan di Malaysia.
Bufet mewah sasar orang kaya
Bertan-tan makanan elok dibuang
Artikel-artikel lain...
berita
KOLABORASI PENYELIDIKAN DI ANTARA UPM DAN SUHAN MOVIES & TRADING SDN BHD
Pada 4 April 2019, Dr. Daaniyall Abdul Rahman telah mempengerusikan perjumpaan khas bagi membincangkan peluang kolaborasi penyelidikan di antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Mesyuarat ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Institut Kajian Dasar Pertanian Dan Makanan (IKDPM), UPM.
pengumuman

Dimaklumkan bahawa Kajian Kepuasan Pelanggan UPM secara dalam talian telah boleh digunakan bermula 26 Mac 2018. Sistem ini boleh diakses terus melalui pautan di sini menggunakan pelayar di komputer dan telefon pintar.

1.    Prasiswazah

2.    Siswazah 

3.    Penyelidikan dan Inovasi

4.    Perkhidmatan Sokongan

Sila rujuk Garis Panduan Sementara Kajian Kepuasan Pelanggan UPM.

Dimaklumkan bahawa nombor telefon Universiti Putra Malaysia (UPM) kini telah ditukarkan kepada nombor baharu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web entiti kami (Fakulti/ Pusat/ Institut/ Pejabat/ Bahagian/ Kolej/ Perkhidmatan) melalui laman web rasmi UPM www.upm.edu.my. Sekiranya terdapat masalah atau pertanyaan boleh hubungi +603-9769 1000.

Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan.

Perkhidmatan Amal Putra  Gred UDS telah dibuka untuk permohonan, Calon adalah terbuka kepada staf akademik dan bukan akademik yang telah bersara dari perkhidmatan. 

Permohan dibuka sepanjang tahun dan hendaklah dihantar melalui Dekan/Pengarah/Ketua Pusat Tanggungjawab. Sebarang pertanyaan boleh disalurkan kepada Puan Besek Intan Zafina Basok di talian 1569 atau Cik Salasiah Hashim di talian 1538.

Dimaklumkan bahawa sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi maklumat (ICT) pada masa kini, UPM telah menggunakan kad-maya sebagai identiti pengenalan pelajar kepada pelajar baharu sesi 2018/2019 untuk menggantikan penggunaan kad pelajar sedia ada.

Sehubungan itu, setiap pelajar tahun pertama sesi 2018/2019 akan menggunakan Aplikasi Smartphone 
(bagi pengguna Android dan IOS) dan WEB Desktop yang dikenali sebagai PUTRA® Virtual ID (PUTRA®VID) untuk menguruskan pengenalan diri semasa berinteraksi dengan semua kemudahan kampus seperti capaian aplikasi ICT, penggunaan kemudahan infrastruktur, kehadiran, pengesahan warga universiti dan sebagainya.

Inisiatif ini akan melengkapkan kampus  kepada pembangunan aplikasi berteras Internet of Thing (
IoT) yang akan menjadi teras kepada pembangunan Smart Campus.

Tiada tawaran sebutharga.


MAKLUMAT LANJUT: http://etender.upm.edu.my

Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: SPJOnline

aktiviti
;
100 Hari Malaysia Baharu: Memahami sistem percukaian negara
;
SIAP Conference 2018 - Professor Datin Paduka Dr Fatimah Mohamed Arshad
;
Penerima Anugerah Akademik Negara Ke-10 - Kategori Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal
;
100 Hari Malaysia Baharu: Penambahbaikan Sektor Pertanian Negara: Datin Paduka Prof. Dr. Fatimah Mohamed Arshad
ikuti kami
B1566347757