Terjejaskah Ekonomi Malaysia Tanpa GST? | Institute of Agricultural and Food Policy Studies
» ARTICLE » Terjejaskah ekonomi Malaysia tanpa GST?

Terjejaskah ekonomi Malaysia tanpa GST?

CUKAI barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan sejak 1 April 2015 dilaksanakan berdasarkan kepada jangkaan bahawa ia meningkatkan kecekapan ekonomi dan menurunkan harga barangan. Jangkaan ini bersandarkan kepada hasil dapatan analisis daripada pihak berwajib. -Dr. Mohd Yusof Saari / SINAR HARIAN, 4 Mei 2018.

Selepas tiga tahun, jangkaan ini tidak menepati amalan praktikalnya di Malaysia. Realitinya harga barangan bukan saja tidak turun malah rakyat kebanyakannya terbeban akibat daripada pergerakan gaji dan upah yang perlahan. Keadaan ini menimbulkan persoalan wajarkah GST dihapus atau diganti dengan sistem percukaian lain.

 

Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu tahu adakah langkah penghapusan atau penggantian GST menjejaskan ekonomi. Saya cenderung berpandangan bahawa penghapusan atau penggantian GST tidak menjejaskan ekonomi berdasarkan dua hujah berikut.

Pertama, kutipan GST tidaklah memberi sumbangan besar kepada jumlah hasil cukai. Di antara tahun 2015-2017, secara purata GST menyumbang sekitar 21% sahaja kepada jumlah hasil cukai. Terdahulu, sistem SST pula menyumbang sekitar 10%, menjadikan perbezaan di antara GST dan SST hanyalah sekitar 11%.

Pengurangan sebanyak 11% jika GST dihapuskan boleh ditampung melalui langkah penjimatan dalam perbelanjaan mengurus. Pengurangan juga boleh ditampung melalui penjanaan keuntungan perniagaan oleh syarikat berkaitan dengan kerajaan.

Kedua, merancakkan semula 'enjin' ekonomi Malaysia agar kutipan hasil cukai bertambah selari dengan pertumbuhan perniagaan. Ekonomi Malaysia memerlukan kepada perubahan struktur dan usaha ke arah mempelbagaikan aktiviti ekonomi. Pada masa kini, ekonomi Malaysia masih lagi dipacu oleh sektor-sektor 'tradisional' seperti industri berasaskan petroleum dan kepala sawit.

Date of Input: 18/09/2018 | Updated: 18/09/2018 | zbaizura

MEDIA SHARING

Institute of Agricultural and Food Policy Studies
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691075
0389432611
C1568870878