MAJLIS PELANCARAN JADUAL INPUT-OUTPUT PKS | INSTITUT KAJIAN DASAR PERTANIAN & MAKANAN
» BERITA » MAJLIS PELANCARAN JADUAL INPUT-OUTPUT PKS

MAJLIS PELANCARAN JADUAL INPUT-OUTPUT PKS

Hasil daripada pemeteraian MoU di antara Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan yang mewakili Universiti Putra Malaysia dan SME Corporation Malaysia pada tahun 2017 telah menyaksikan kerjasama di antara kedua-dua institusi untuk membangunkan Jadual Input-Output PKS. Jadual ini dibangunkan bagi menerangkan perhubungan di antara PKS dan industri bersaiz besar serta pengguna akhir dalam ekonomi negara.

Pada tanggal 29 Januari 2019, dapatan daripada kajian ini yang meliputi dua dokumen utama yang berjudul SME Input-Output Table dan SME Input-Output Table: Analysis & Impact telah dilancarkan. Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Ramli, Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Usahawan dan berlangsung di Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia.

Bagi pihak SME Corporation Malaysia, dokumen tersebut akan digunakan sebagai asas dalam merangka dasar, strategi dan intervensi untuk pembangunan PKS. Selain itu, dapatan daripada analisis ke atas Jadual Input-Output PKS akan dimanfaatkan untuk merangka Pelan Induk PKS 2.0, Dasar Keusahawanan Negara, Rancangan Malaysia Ke-12 dan pelbagai program pembangunan PKS oleh kementerian dan agensi kerajaan.

Tarikh Input: 08/02/2019 | Kemaskini: 08/02/2019 | zbaizura

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN DASAR PERTANIAN & MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691075
0389432611
C1571765896