Majlis Pelancaran Program Pemerkasaan Kompetensi Keusahawanan Gigpreneur Menerusi Inisiatif Guided Action Coaching | INSTITUT KAJIAN DASAR PERTANIAN & MAKANAN
» BERITA » Majlis Pelancaran Program Pemerkasaan Kompetensi Keusahawanan Gigpreneur Menerusi Inisiatif Guided Action Coaching

Majlis Pelancaran Program Pemerkasaan Kompetensi Keusahawanan Gigpreneur Menerusi Inisiatif Guided Action Coaching

Pada 13 september 2018, satu majlis pelancaran Program Pemerkasaan Kompetensi Keusahawanan Gigpreneur Menerusi Inisiatif Guided Action Coaching telah diadakan di Dewan Philip Kotler, Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan, UPM. 

 

Usaha ini merintis sebuah platform untuk memastikan kesinambungan projek Knowledge Transfer Program (KTP) untuk menjurus pemindahan ilmu serta pembangunan modal insan menuju ke arah kelestarian.

Program Pemindahan Ilmu, UPM ini yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Sridar Ramachandran, telah menggabungkan pelbagai kepakaran daripada Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan serta UCTC bertujuan dengan hasrat dan harapan kerajaan dalam merangka sebuah sistem pendidikan yang lebih holistik ke arah membentuk anak murid yang kamil. “Inspiring Young Minds” merupakan slogan bagi program ini dan "Gigpreneur" adalah istilah yang dicipta untuk penguasaan 'Gig-Economy' dan minda 'Keusahawanan'. Perkataan "Gig" dirujuk kepada gigabait dalam teknologi dan penglibatan. Program Pemerkasaan Kompetensi Keusahawanan Gigpreneur menerusi Inisiatif Guided Action Coaching ini merupakan output inisiatif selama enam bulan yang menerapkan unsur pendidikan keusahawanan di kalangan pelajar sekolah (SMK Bandar Banting) dengan menggunakan kaedah heutogogi (coaching) berbanding kaedah pedagogi (teaching).

Sekolah tempatan yang dipilih untuk program ini adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting atau nama ringkasnya SMK Bandar Banting. SMK Bandar Banting telah ditubuhkan pada 1 Disember 2000 dan memulakan sesi persekolahan pada 4 Januari 2001. Seramai 36 pelajar tingkatan 4 dari kelas yang berbeza dan seramai 6 orang cikgu telah dipilih untuk menyertai program ini. Di samping itu, program ini secara tidak langsung dapat mewujudkan kesedaran di kalangan pendidik berkenaan kaedah pendidikan keusahawanan di sekolah-sekolah. Kesinambungan daripada ilmu dan pengetahuan kompetansi keusahawanan ini bukan sahaja memanfaaatkan warga sekolah, pendidik  malah kepada pelajar itu sendiri. 

 

Tarikh Input: 18/09/2018 | Kemaskini: 18/09/2018 | zbaizura

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN DASAR PERTANIAN & MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691075
0389432611
B1566313697