PROJEK KOLABORASI FEASIBILITY STUDY ON INTEGRATED AGRICULTURAL FARMING, PENGERANG ARTIFICIAL REEF PROGRAMME AND GREEN MUSSELS FARMING INITIATIVE FOR PENGERANG INTEGRATED COMPLEX (PIC)- PETRONAS | INSTITUT KAJIAN DASAR PERTANIAN & MAKANAN
» BERITA » PROJEK KOLABORASI FEASIBILITY STUDY ON INTEGRATED AGRICULTURAL FARMING, PENGERANG ARTIFICIAL REEF PROGRAMME AND GREEN MUSSELS FARMING INITIATIVE FOR PENGERANG INTEGRATED COMPLEX (PIC)- PETRONAS

PROJEK KOLABORASI FEASIBILITY STUDY ON INTEGRATED AGRICULTURAL FARMING, PENGERANG ARTIFICIAL REEF PROGRAMME AND GREEN MUSSELS FARMING INITIATIVE FOR PENGERANG INTEGRATED COMPLEX (PIC)- PETRONAS

Pada 28 Mei 2018, IKDPM telah menerima kunjungan wakil Community Relation & SCI Stakeholder, Petronas Refinery and Petrochemical Corporation Sdn. Bhd dan Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT/MFRDMD), Terengganu untuk membincangkan cadangan bagi menjalankan kajian kolaborasi berkaitan pembangunan tukun tiruan dan industri kupang di Pengerang, Johor bagi tahun 2018-2021.

 

Perjumpaan kedua diadakan pada 16 Julai 2018 bagi membincangkan keperluan penyelidikan bagi kedua-dua pihak. Lanjutan kepada perjumpaan ini satu lawatan awal diadakan pada 1-3 Ogos 2018 di Pengerang Johor bagi melihat dan mendapatkan gambaran awal kawasan kajian. Pihak IKDPM, UPM diminta menyediakan cadangan penyelidikan bagi pembangunan kawasan terlibat dengan perpindahan atas pembangunan tapak industry PETRONAS di Pengerang, Johor melibatkan 3 sub komponen iaitu Pertanian, Perikanan dan Ternakan Kupang dan dihantar kepada pihak mereka pada 10 Ogos 2018. Jangkaan Dana adalah sebanyak RM450K.

Tarikh Input: 18/09/2018 | Kemaskini: 18/09/2018 | zbaizura

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN DASAR PERTANIAN & MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691075
0389432611
B1566313546