Awareness Programme On Endangered Sharks And Rays Species, Mabul Island, Semporna | Institute of Agricultural and Food Policy Studies
» NEWS » Awareness Programme on Endangered Sharks and Rays Species, Mabul Island, Semporna

Awareness Programme on Endangered Sharks and Rays Species, Mabul Island, Semporna

19 April 2018
 
Satu lawatan dan taklimat bagi program kesedaran spesies terancam terutamanya ikan yu dan pari di adakan di Pulau Mabul. Taklimat kesedaran ini disampaikan oleh Dr.Ahmad Ali daripada Institut Sumber Marin Asia Tenggara bersama Pejabat perikanan Daerah Semporna. Turut hadir adalah wakil penyelidik bagi Kajian kebergantungan dan sosioekonomi nelayan pantai ke atas ikan yu dan pari di negeri Sabah, Malaysia iaitu Cik Aswani Farhana binti Mohd Noh daripada Institit Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia (IKDPM, UPM). 
 
Taklimat ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman nelayan akan kepentingan sumber marin dan status penangkapan ikan yu dan pari yang terancam dan disenaraikan di dalam CITES terutamanya di Pulau Mabul. Ini penting bagi membolehkan aktiviti nelayan tidak disalah tafsir oleh pihak lain terutama sekali mengenai takrifan perkataan penyiripan dan larangan penyiripan sirip ikan yu. Dalam sesi soal jawab semua nelayan yang hadir mengaku akan mengikut arahan kerajaan dan tidak akan menangkap spesies yu yang dilindungi dan akan melepaskan kembali jika ikan itu masih hidup  kerana  secara tidak sengaja. Jika sudah mati mereka akan melaporkan kepada Jabatan Perikanan Sabah. Nelayan juga di beri penerangan mengenai beberapa  spesies  yu dan pari manta yang akan disenaraikan sebagai spesies terancam. Selepas peraturan larangan itu  diwartakan oleh Kerajaan Persekutuan  satu taklimat kesedaran akan diberikan oleh Jabatan Perikanan Sabah kepada semua nelayan diSabah sebelum dikuat-kuasakan. Majlis pada 19 April ini telah  dijalankan dengan suasana yang amat harmoni kerana kerjasama yang erat telah diberikan oleh semua nelayan yang hadir.
 

Date of Input: 28/09/2018 | Updated: 04/10/2018 | aswani

MEDIA SHARING

Institute of Agricultural and Food Policy Studies
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691075
0389432611
C1568871099