Pelan Pemulihan Ekonomi Imbangi Impak Negatif PKP | Institute of Agricultural and Food Policy Studies
» NEWS » Pelan Pemulihan Ekonomi imbangi impak negatif PKP

Pelan Pemulihan Ekonomi imbangi impak negatif PKP

KUALA LUMPUR: Pelan Pemulihan Ekonomi mampu mengimbangi kesan negatif terhadap ekonomi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dicetuskan daripada penularan COVID-19.

Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, berkata meskipun Bank Dunia meramalkan ekonomi global akan mencatatkan negatif sepanjang tahun ini, pakej ekonomi baharu yang akan diumumkan akhir bulan ini akan memulihkan ekonomi negara secara berperingkat.

 

"Adalah sesuatu yang tidak mustahil ekonomi negara untuk pulih jika adaptasi normal baharu berjaya dilaksanakan. Dengan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan dan aktiviti perniagaan aktif semula, tidak mustahil ekonomi negara akan pulih," katanya kepada BH.

Mohd Yusof berkata, momentum perubahan ekonomi pasca PKP bergantung kepada bagaimana masyarakat mengadaptasi normal baharu.

  

Katanya, tahap pemulihan ekonomi dan kelangsungan hidup rakyat bergantung kepada berapa cepat individu mengadaptasi dan menyesuaikan diri dalam konteks normal baharu.

  

"Kita tidak boleh mengharapkan setiap kekangan dan permasalahan akan diselesaikan oleh pihak kerajaan semata-mata. Adalah penting untuk diingatkan bahawa krisis COVID-19 juga membawa peluang ekonomi dan perniagaan kepada rakyat.

 

"Sejauh mana peluang perniagaan ini diambil bergantung kepada tahap dinamik rakyat dalam mengadatasi normal baharu," katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan langkah keselamatan amat penting untuk memutuskan segera jangkitan COVID-19.

BH Online | 26 Mei 2020

Date of Input: 26/06/2020 | Updated: 26/06/2020 | zbaizura

MEDIA SHARING

Institute of Agricultural and Food Policy Studies
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691075
0389432611
C1596574316