PROGRAM KOMUNITI KESEDARAN ALAM SEKITAR IKDPM 2019 | Institute of Agricultural and Food Policy Studies
» NEWS » PROGRAM KOMUNITI KESEDARAN ALAM SEKITAR IKDPM 2019

PROGRAM KOMUNITI KESEDARAN ALAM SEKITAR IKDPM 2019

Program Komuniti Kesedaran Alam Sekitar bersama guru dan pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Janda Baik, Bentong Pahang telah diadakan pada 20 April 2019. Seramai 20 orang pelajar, 5 orang guru dan 17 orang kakitangan IKDPM yang terlibat dalam pelaksanaan program komuniti ini.

Program Komuniti Kesedaran Alam Sekitar ini merupakan suatu inisiatif IKDPM dalam merealisasikan amanat Naib Canselor UPM dalam Perutusan Naib Canselor 2019 : Memartabat Agenda Kelestarian. Objektif program adalah pemindahan ilmu kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Janda Baik mengenai isu semasa alam sekitar; dan memantapkan pelaksanaan amalan kelestarian dengan mempergiatkan program amalan persekitaran lestari melalui aktiviti kokurikulum pelajar dan memperkasa community engagement melalui program kesedaran, perkongsian teknologi, inovasi dan amalan kelestarian bersama komuniti.

 

IKDPM turut mengadakan aktiviti explorace bersama pelajar untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan alam sekitar dalam aktiviti yang menyeronokkan. Selain itu melalui aktiviti explorace ini, akan dapat meningkatkan kreativiti dan inovasi pelajar serta meningkatkan semangat kerjasama dalam kumpulan. Kejayaan program adalah dinilai apabila pelajar mengetahui cara-cara menanam pokok, mengenali bahan-bahan yang boleh dikitar semula dan pelajar boleh membuat kraf yang mudah daripada bahan kitar semula.

Date of Input: 05/08/2019 | Updated: 05/08/2019 | zbaizura

MEDIA SHARING

Institute of Agricultural and Food Policy Studies
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691075
0389432611
C1568870853